Saturday, 28 September 2013

OPS 6P Bersepadu



KUALA LUMPUR - Usaha 50 warga asing menyorok di sebalik semak di belakang mahkamah Jalan Duta, di sini, tidak menjadi apabila kesemuanya dicekup Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan bersama agensi lain dalam operasi bersepadu di sini, semalam.


Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasanya, James Musa Singa berkata, Ops 6P itu berdasarkan aduan orang awam dan risikan selama sebulan.

Katanya, serbuan dibuat ke atas dua tapak pembinaan dan sebuah rumah kongsi yang mempunyai kira-kira 60 pintu sekitar kawasan itu.

“Pemeriksaan dibuat ke atas 227 warga asing dan kami berjaya menahan 115 warga asing,” katanya dalam sidang media selepas operasi tersebut.

Menurutnya, antara warga asing yang ditahan ialah 46 warga Indonesia, Bangladesh (38), Myanmar (20), Pakistan (9), Korea (2), seorang lelaki warga India dan masing- masing berumur dalam lingkungan 15 hingga 50 tahun.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Korea kerana melakukan kesalahan melindungi serta mengajikan warga asing tanpa pas sah.

“Semua yang ditahan akan ke Pusat Tahanan Imigresen Jalan Duta untuk siasatan lanjut.

“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Operasi turut disertai Rela, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

No comments:

Post a Comment