MOHD. ADAM seorang
anggota Rela terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai,
Tanjung Bungah semalam.
Dalam kejadian
pada pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Sheikh Mohd. Adam Mohd. Ishak, 20,
mati di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di kepala.
Bagaimanapun,
tunangnya Noorfazliana Mohd. Ramli, 22, hanya cedera ringan.
Difahamkan,
kemalangan berlaku selepas motosikal yang dinaiki mangsa bersama tunangnya
dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki yang datang
dari arah bertentangan di Lebuh Raya Lembah Permai.
Rempuhan kuat
menyebabkan Mohd. Adam yang merupakan anggota Skuad Muda Ikatan Relawan
Malaysia (Rela) Timur Laut tercampak ke bahu jalan dan menyebabkan dia mati di
tempat kejadian.
nota kecil : semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas ALLAHYARHAM Saudara Adam dari Skuad Muda Ikatan RELAWAN Malaysia (RELA) , Salam Takziah dari Kami RELA Dang Wangi
AL Fatihah
Sumber : KOSMO
No comments:
Post a Comment